HeyM.C at Urban Music Festival Festival Belia Putrajaya

Poster Urban Music Festival

Ketika HeyM.C Beraksi Di Atas Pentas

Photoshot Bersama Juru Gambar Utusan Malaysia.
  • Festival Belia Putrajaya: Urban Music Festival (Fiesta 75 Tahun Utusan)
  • Tarikh: 25/05/2013 
  • Artis Undangan: Ramli Sarip & Soul Journey, Man Kidal, Kudin Headwind, Tom & Andy

Busking Night II (Alam Gapura)

Program ini telah danjurkan oleh Alam Gapura pada 12 Jan 2013 bertempat di Uptown Shah Alam. Respond sangat-sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada yang sudi hadir. Sapa yang takdapat datang, jom kita tengok serba sedikit sedutan pada malam itu.

  • Goodbye Baby Acoustic - HeyM.C

  • Mencintaimu Acoustic - HeyM.C

  • Cerita Dia Cover - HeyM.C

Penjenamaan semula Hey M.C




             TAHUN baharu 2013 menjadi titik permulaan semula bagi kumpulan Hey Miss Chenta (HeyM.C) meneruskan usaha memperjuangkan bakat semula jadi dalam diri mereka.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini dianggotai dua ahli asal iaitu Awan (vokalis) dan Zash (dram), manakala tiga lagi ahli baharu iaitu Awa (gitar), Ebett (bass) dan Abeng (gitar).

Mulai tahun ini, mereka mula membuat pembaharuan serta memperjuangkan lapan lagi lagu baharu dalam album kedua mereka yang secara keseluruhannya menggunakan genre pop rock dan ciptaan sendiri.

Sebelum ini, HeyM.C bereksperimentasi dengan genre pop tetapi mereka memberanikan diri dengan mengorak langkah membawa genre berlainan sesuai dengan jiwa sebahagian peminat muzik remaja zaman kini.

Tampak seperti kumpulan biasa tetapi mereka merupakan sebuah kumpulan yang low profile walaupun pernah menjuarai Digi Live Tour 2010.

Mereka mula dikenali ramai di laman sosial Youtube dengan lagu Good Bye Baby yang dibawa oleh Awan (sehingga mencecah lebih 50,000 kunjungan, selain dijual sebagai nada dering (ringtone).

Kumpulan ini masih bergiat aktif dengan membuat persembahan jemputan daripada banyak pihak termasuk institusi pengajian tinggi (IPT).

Sementara itu, dalam bulan ini, HeyM.C akan melancarkan single baharu mereka bertajuk Sang Pelangi yang akan dijadikan taruhan untuk memancing syarikat rakaman memandangkan mereka kini berdikari sepenuhnya.

Album baharu mereka pula akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini dan mengandungi lapan buah lagu.

Buat peminat yang ingin mengenali mereka dengan lebih dekat, 
layari di laman:




Artikel Penuh: Utusan Malaysia 12 Jan 2013
Wartawan: 
AZRIN
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sang Pelangi - Hey M.C (Release Single 2012)




Song Title: Sang Pelangi
Artist: Hey M.C
Song & lyrics: Awan Hey M.C / Zash Hey M.C
Recording Studio: Bakri Music Workshop (BMW) / Loudbox Entertainment
Mixing & Mastering: Mustafal Bakri
Facebook: Hey Miss Chenta Band

Sang Pelangi

Hatiku penuh rasa cinta
dihaiku penuh rasa rindu
difikiranku dikepalaku hanya kamu...

Kenalimu cipta rindu ini
kenalimu anugerah terindah
andai jauh kan ku terjang kerna kamu...

(c/o)

Ku ingin slalu ada dihatimu
kau beri senyuman dalam hidupku
bisakah memiliki dirimu...

Ku ingin slalu ada dijiwaku
(dan ku ingin kau slalu ada dijiwaku)
memenuhi setiap di ruang mindaku
kau bagaikan warna-warna sang pelangi...

Solo, repeat c/o

Ke Lain Dunia - Hey M.C ft Addy



Lagu: Awan/Addy/Sam Kuman
Lirik:Awan
Music Arragement: Sam Kuman
Guitar: Ammar (Drama Band)
Recording Studio: (JD Pop Shuvit)
Mixing/Mastering: Tan Chi Meng

"Sebuah karya jujur yang dirakam pada tahun 2009 bagi mengenang Allahyarham Iswandi Hamid, rakan seperjuangan kami... Al-Fatihah"

Bila - Hey M.C Official MTV




Song: Bila
Artist: Hey M.C Band
HMC Production 2012

Song: Awan / Zash
Lyric: Awan

Pabila Ku di dalam kegelapan
kau kan hadir untuk menerangkan
Pabila Ku di dalam kesamaran
kau kan tiba lalu menjelaskan

Dan bila ku di dalam kepayahan
kau kan hadir lantas hulurkan tangan
Dan bila ku merasa kehilangan
Dan kau akan tetap setia disisi...

pre c/o
Tak dapat kubayangkan
dunia tanpa senyuman

c/o
Seikhlas dihati untuk menyatakan
kau satu-satunya yang ku cinta
percayalah sayang ku kan sentiasa
temani hingga ke akhir hayat...

pre c/o
Tidurku takkan lena
tanpa lagumu ditelinga

repeat c/o & co